14 kes Rotavirus disahkan di Sabah sejak Januari - Pengarah Kesihatan Sabah

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan 14 kes jangkitan Rotavirus di  negeri ini dalam tempoh empat bulan mulai 1 Jan hingga 30 April lepas, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Beliau berkata kes-kes terbabit melibatkan kanak-kanak berumur 10 bulan hingga lapan tahun yang mengalami gejala cirit-birit, muntah serta demam dan tidak mempunyai kaitan epidemiologi antara satu sama lain.

Kes jangkitan Rotavirus itu disahkan melalui ujian makmal yang dijalankan di Jesselton Medical Centre di sini.

"Kesemua mereka dilaporkan stabil. Jabatan Kesihatan telah mengambil tindakan kawalan bagi mencegah jangkitan itu daripada merebak termasuk memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai mengenai penyakit Rotavirus serta cara-cara mengelak jangkitan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Christina berkata Rotavirus adalah sejenis virus boleh menyebabkan jangkitan gastroenteritis akut dan kebiasaannya penyakit itu berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, namun, orang dewasa masih boleh mendapat jangkitan Rotavirus dengan gejala ringan.

Menurutnya, gejala utama dialami pesakit adalah cirit-birit dan muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi, dan jika tidak dirawat segera, ia boleh mengakibatkan komplikasi selain boleh membawa maut.

Beliau berkata pihaknya menasihatkan orang ramai segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta berhampiran sekiranya mengalami gejala berkenaan.

Dr Christina turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan persekitaran dan alat permainan kanak-kanak bersih kerana penyakit itu biasanya disebabkan peralatan mainan tidak hygenik.

Makanan dan minuman juga perlu dimasak dengan sempurna bagi memastikan ia selamat kerana pengendalian makanan dan minuman tidak bersih juga boleh dicemari Rotavirus, katanya.

"Orang ramai diingatkan menjaga kebersihan diri iaitu mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas ke tandas, menukar lampin anak, sebelum makan dan sebelum menyediakan makanan dan minuman.

"Pastikan kanak-kanak tidak menggunakan kolam renang awam sekiranya mengalami gejala cirit-birit. Imunisasi Rotavirus juga dapat mengelakkan kanak-kanak daripada dijangkiti dan ia boleh diperolehi daripada fasiliti kesihatan swasta," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018