Pemeriksaan terhadap semua klinik desa, klinik kesihatan - Exco Kesihatan Johor



BATU PAHAT, 7 Mei (Bernama) -- Semua premis klinik desa dan klinik kesihatan di Johor akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan selamat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar

Justeru, katanya kerajaan negeri telah mengarahkan supaya pemeriksaan dilakukan terhadap premis-premis berkenaan dan buat permulaan, pemeriksaan akan dilakukan terhadap pendawaian elektrik.

"Ini bagi memastikan tiada klinik yang berisiko untuk berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Sebelum ini, terdapat klinik yang usianya melebihi 30 tahun dan tiada penyelenggaraan terhadap pendawaian elektrik yang mungkin tidak sesuai lagi untuk digunakan pada masa kini, memandangkan  terdapat beberapa peralatan yang menggunakan sumber tenaga elektrik yang banyak.

“Pihak kami akan melakukan pemeriksaan terperinci terhadap keperluan untuk sesebuah klinik itu melakukan pendawaian yang baharu, dalam masa yang sama meminta setiap pengurusan klinik menyatakan keperluan pendawaian elektrik yang perlu dinaik taraf.

“Kita, melalui peruntukan kerajaan negeri, menyediakan sebanyak RM4.8 juta untuk membaiki atau kerja baik pulih pendawaian elektrik ini, dengan mendahulukan klinik yang mempunyai pendawaian yang agak kritikal serta berisiko,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja dan pemeriksaan terhadap Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat yang turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz dan Pengarah HSNI, Dr Azimah A Aziz.

Menurut Mohd Khuzzan lagi, selain mengadakan pemeriksaan terhadap klinik-klinik di negeri ini, pihaknya juga akan melaksanakan pemeriksaan terhadap hospital kerajaan berkenaan kemudahan yang terdapat di sesebuah hospital itu.

Katanya, beliau dan pengarah kesihatan negeri akan mengadakan lawatan dan pemeriksaan secara mengejut ke hospital-hospital tertentu yang akan dimulakan dalam masa terdekat ini.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keadaan operasi harian di sesebuah hospital selain melihat keperluan yang diperlukan terutamanya di hospital yang mempunyai bangunan yang agak lama.

“Sebagai contoh, di HSNI Batu Pahat ini kita lihat di bangunan lama yang juga ditempatkan wad telah mempunyai beberapa masalah seperti alat pendingin hawa yang tidak berfungsi, tiada sinki dan juga beberapa peralatan yang perlu dilupus tetapi masih digunakan,” katanya.

Beliau berkata sejak memegang portfolio kesihatan bermula 22 April lepas, komitmen utama yang akan dilakukan beliau ialah membaiki mutu perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

 -- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018