Isu pelarasan kadar fi perundingan dan fi tatacara ke majlis kos sara hidup- Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia akan berbincang dengan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara mengenai cadangan pindaan pelarasan kadar fi perundingan dan tatacara bagi klinik perubatan am dan swasta sebelum dibawa ke kabinet semula untuk kelulusan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau juga akan mempengerusikan satu sesi perjumpaan dengan pemegang-pemegang taruh terlibat bagi menjelaskan pindaan serta merungkaikan beberapa dakwaan yang berkaitan.

“Sebelum ini satu memorandum telah dibentangkan ke mesyuarat kabinet mengenai cadangan pindaan berkenaan,” katanya.

''Memorandum ini bertujuan membuat pelarasan kadar fi perundingan dan fi tatacara bagi pengamal perubatan am yang memberikan perkhidmatan di klinik perubatan am swasta, dengan kadar fi bagi pengamal perubatan am yang bertugas di fasiliti berlesen.

Sementara jemaah menteri memahami keperluan dan rasional cadangan pindaan tersebut, mesyuarat mencadangkan supaya perkara ini dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara seterusnya dibentangkan semula untuk pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri,” katanya.

Dzulkefly berkata dalam perjumpaan dengan pemegang taruh berkenaan beliau juga akan membincangkan isu-isu lain berkaitan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

Tarikh perjumpaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat, katanya.  

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018