LANGKAWI, 12 Mei (Bernama) -- Hospital Sultanah Maliha di sini telah menghantar tiga sampel calitan tekak pesakit ke makmal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan pengesahan kes difteria, semalam.
Pengarah Hospital Sultanah Maliha, Dr Mansor Ismail berkata tiga sampel tersebut melibatkan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan setahun lapan bulan serta seorang wanita dewasa berusia 23 tahun.
“Setakat ini kita masih menunggu keputusan daripada makmal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” katanya ringkas ketiga dihubungi hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga pesakit tersebut masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Maliha.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN