Pelajar tahfiz keracunan: Restoran jual nasi arab diarah tutup sementara

Kedah

ALOR SETAR, 15 Mei (Bernama) -- Sebuah restoran menjual nasi arab di sini, diarahkan tutup sementara  bermula hari ini, berikutan kes keracunan makanan yang melibatkan sekumpulan pelajar tahfiz Institut Al Quran Darul Aman (Iqdar) di sini, dipercayai selepas memakan hidangan dari premis berkenaan semalam.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengenalpasti premis berkenaan dan mengeluarkan notis penutupan itu selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan untuk kerja pembersihan dan siasatan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati makanan yang dihantar kepada pelajar tahfiz adalah lebihan nasi dan lauk ayam yang tidak habis dijual dan setakat ini kita dapati punca keracunan makanan kemungkinan disebabkan oleh lauk ayam yang tidak dimasak dengan sempurna. 

"Jumlah pelajar yang terdedah kepada keracunan makanan ini adalah seramai 150 pelajar namun daripada jumlah tersebut seramai 31 pelajar yang berumur antara 18 hingga 23 tahun telah mendapatkan rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan lebih 40 pelajar tahfiz Institut Al-Quran Darul Aman (Iqdar) di sini, mengalami keracunan makanan, disyaki berpunca daripada nasi Arab yang disumbangkan oleh sebuah restoran untuk moreh selepas tarawih, malam tadi.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018