HANOI, 17 Mei (Bernama) -- Lebih 4,000 maklumat peribadi penderma darah berpotensi di Singapura bocor selepas sebahagian daripada laman sesawang Palang Merah Singapura (SRC) digodam pada 8 Mei, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Bahagian laman sesawang SRC yang terjejas adalah seksyen yang merekrut mereka yang berminat untuk menderma darah, menurut satu kenyataan pada 16 Mei.
SRC berkata maklumat sejumlah 4,297 individu yang telah menyatakan minat mereka di laman sesawang itu telah dikompromi.
Nama, nombor telefon, alamat e-mel, jenis darah yang diisytihar, tarikh temu janji yang dipilih serta masa dan lokasi pilihan untuk menderma darah telah dibocorkan.
Organisasi itu telah membuat satu laporan polis pada hari yang sama dan polis sedang menyiasat insiden.
Organisasi itu juga telah melaporkan insiden tersebut kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).
Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Benjamin William, organisasi itu telah mula menghubungi individu yang terjejas.
Penemuan awal siasatan SRC menunjukkan bahawa satu kata laluan pentadbir yang lemah mungkin telah menyebabkan laman sesawang itu terdedah kepada akses tidak dibenarkan.
Sebagai antara negara peneraju digital, Singapura telah menjadi sasaran banyak serangan siber baru-baru ini.
Pada Julai 2018, dalam apa yang disifatkan sebagai kesan serangan siber paling serius di negara Asia Tenggara itu, penggodam telah menyasarkan sistem data kerajaan dan mencuri maklumat sejumlah 1.5 juta rakyat Singapura, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Siasatan formal terhadap kes itu menunjukkan terdapat banyak kekurangan, termasuk sistem komputer dan latihan sumber daya manusia yang lemah.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN