Tiada kes jangkitan “Monkeypox” dikesan di Johor



JOHOR BAHRU, 21 Mei (Bernama) -- Tiada kes jangkitan monkeypox dikesan di negeri ini setakat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berjaga-jaga susulan satu kes “monkeypox” yang dikesan di Singapura, melibatkan warga Nigeria berusia 38 tahun.

JKNJ turut mengambil beberapa tindakan bagi mencegah jangkitan monkeypox termasuk meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk Johor, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah melawat Nigeria.

“Maklumat berkaitan penyakit ”monkeypox ” turut diedarkan kepada semua anggota kesihatan termasuk di barisan hadapan untuk mengenal pasti awal kes disyaki sekiranya  ada,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arahan turut diberikan untuk melaporkan segera ke bilik gerakan “Crisis Preparedness Response Centre” (CPRC) jika terdapat kes yang disyaki penyakit “monkeypox”, kata beliau.

Sementara itu, mereka yang berkunjung ke negara endemik (Afrika tengah dan barat) monkeypox, dinasihatkan mengelakkan kontak dengan haiwan liar dan tidak memakan daging haiwan liar.

Selain itu, mereka juga dianjurkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tangan dengan menggunakan sabun dan air selain menggunakan sanitizer berasaskan alkohol apabila air dan sabun tiada.

Pada 9 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan satu kes impot “monkeypox” dikesan melibatkan pesakit warga Nigeria berusia 38 tahun yang menghadiri satu bengkel di negara tersebut pada 28 April.

Pesakit yang mengalami simptom demam, sakit otot dan ruam disahkan positif jangkitan “monkeypox” dan dia telah dipindahkan ke wad isolasi di Pusat Penyakit Berjangkit (NCID).

Punca jangkitan virus “monkeypox” itu dikenalpasti melalui daging haiwan liar yang dimakan semasa menghadiri majlis perkahwinan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2