KKM nafi dakwaan rakyat Malaysia dijangkiti monkeypox

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular di sosial media mengenai seorang rakyat Malaysia di Singapura dijangkiti penyakit 'monkeypox' atau cacar monyet.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, berkata dakwaan tersebut adalah berita palsu dan menegaskan tiada kes jangkitan penyakit itu dikesan di negara ini.

"Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menjadi kontak kepada kes 'monkeypox’ itu.

"KKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa tiada kejadian kes 'monkeypox' dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia. Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat," katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian 'monkeypox' yang didakwa berlaku di Johor dan Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan satu kes import monkeypox dikesan melibatkan pesakit warga Nigeria berusia 38 tahun yang menghadiri satu bengkel di negara tersebut pada 28 April.

Terdahalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dalam kenyataan mengesahkan tiada kes ‘monkeypox’ dikesan di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan bagi mencegah jangkitan penyakit itu termasuk meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk Johor, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah melawat Nigeria.

Virus monkeypox atau cacar monyet boleh merebak kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti.

Virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian. 

Tanda dan gejala jangkitan adalah demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular (cacar) yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Tiada rawatan atau vaksin khusus untuk jangkitan monkeypox.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2