Kementerian Kesihatan diminta fokus kepada insurans kesihatan mental, pengamal perubatan



KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Aktivis sosial dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menggesa Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada lebih ramai pengamal perubatan dan mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.

"Selepas mendengar tuntutan daripada pihak awam berhubung isu berkenaan, saya menggesa kementerian bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans untuk menyediakan kemudahan insurans kepada pesakit kesihatan mental.

'’Liputan seumpama itu disediakan di Singapura bagi lima jenis penyakit mental termasuk tekanan jiwa. Inisiatif ini adalah penting kerana ia melibatkan kos dan rawatan (besar),” katanya kepada Bernama di sini. 

Lee berkata badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu memikul tanggungjawab penuh demi mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan pentingnya liputan insurans.

Oleh itu mereka perlu mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan persatuan insurans berhubung perkara itu.  

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam menangani isu kesihatan mental oleh kerana kurangnya sumber dalam bidang ini terutama dari segi kemudahan dan pengamal perubatan.  

"Dari segi sumber, banyak yang perlu dilakukan. Kita tidak mempunyai pusat dan klinik psikiatri yang mencukupi. Selain kurangnya bilangan pakar psikologi untuk merawat pesakit kesihatan mental,” kata beliau.

Beliau berkata ini boleh mendatangkam impak yang besar oleh kerana rakyat Malaysia yang mengalami pelbagai penyakit mental tidak tahu di mana dan bagaimana hendak mendapatkan bantuan.

Menurut Tinjauan Mobiliti Kesihatan Kebangsaan pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk  Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas mengalami pelbagai penyakit mental.

Lee berkata kebanyakan pelajar menderita penyakit ini, dan menyebut budaya berorientasikan peperiksaan sebagai salah satu sebab.

Namun, beliau memuji Kementerian Kesihatan yang mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mempertingkat tahap kesihatan mental golongan pelajar menerusi program penilaian seperti Penilaian Kesihatan Mental.   

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2