Jabatan Kesihatan Labuan kumpul sampel makanan bazar Ramadan untuk dianalisis



LABUAN, 23 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Labuan melakukan pemeriksaan di bazar-bazar Ramadan  sepanjang bulan umat Islam berpuasa bagi mengumpul sampel makanan untuk dianalisis keselamatannya.   

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata sampel diambil daripada pelbagai jenis makanan yang dianggap berisiko tinggi untuk memastikan juadah berkenaan selamat dimakan.

“Sampel berkenaan akan dihantar ke makmal kualiti dan keselamatan makan di Kota Kinabalu untuk dianalisis dan selepas keputusan diperoleh, kami akan meneliti untuk menentukan apa yang perlu dilakukan nanti. 

Setiap tahun data akan berbeza, jadi jika ia menunjukkan banyak ketidakpatuhan kami akan meningkatkan usaha untuk meningkat keselamatan makanan,” beliau berkata kepada pemberita selepas memeriksa Bazar Ramadan Labuan Walk, di sini hari ini. 

Dr Ismuni berkata staf jabatan itu mengambil 25 jenis sampel makanan semasa pemeriksaan di semua bazar.   

“Pegawai kesihatan akan terus melaksanakan program kesedaran keselamatan makanan dan kempen promosi sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan di bawah  Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan, yang dikuatkuasakan pada 2010.

“Kami akan meneruskan pemantauan dan program kesedaran, selain meningkatkan usaha kami untuk mempromosi keselamatan makanan.

Setiap tahun kami akan memastikan peniaga bazar mendapat suntikan vaksin tifoid dan menjalani latihan mengendalikan makanan.  Kami juga mengadakan taklimat kepada peniaga sebelum bazar dibuka,” katanya.

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2