Lebih 66 peratus daripada 55,000 pesakit buah pinggang berpunca daripada diabetes - Pakar



KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Lebih 66 peratus daripada 55,000 pesakit buah pinggang kronik yang menjalani rawatan dialisis berpunca daripada penyakit kencing manis, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan Dr Lily Mushahar.

Beliau berkata selain kencing manis, kira-kira 30 peratus disebabkan darah tinggi serta faktor lain seperti penyakit genetik, radang buah pinggang, pengambilan ubat tahan sakit serta ubat suplemen yang tidak mendapat nasihat doktor.

“Jumlah pesakit buah pinggang meningkat setiap tahun. Seramai 7,000 pesakit baharu dikesan di negara ini yang mengalami masalah buah pinggang serta perlu menjalani rawatan dialisis setiap tahun,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel bertajuk Penyakit Buah Pinggang Kronik, malam tadi.

Beliau berkata pemakanan yang tidak seimbang dan suka makanan manis dan menggemukkan antara punca penyakit kencing manis dan seterusnya penyumbang kepada penyakit buah pinggang.

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi, Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Nor Fadhlina Zakaria yang turut menjadi tetamu program itu berkata saringan kesihatan adalah penting dan perlu dilakukan setiap tahun dan saringan lebih kerap perlu dilakukan bagi pesakit diabetes serta darah tinggi.

Beliau turut berkata kadar penderma buah pinggang di negara ini masih ditahap rendah iaitu hanya 1.3 peratus daripada kira-kira 30 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai penderma buah pinggang.

“Kira-kira 21,000 pesakit yang sudah melalui rawatan dialisis sedang menunggu penderma buah pinggang dan ia ditahap serius kerana tiada anggota keluarga yang mahu tampil untuk menderma,” tambahnya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2