Tindakan tegas terhadap pengamal perubatan warga asing - Dr Lee

Dr Lee Boon Chye (gambar fail)

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengamal perubatan warga asing yang tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mengusahakan klinik atau farmasi secara haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata di bawah Akta Jualan Dadah 1952, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Meskipun mereka mendaftar (di negara asal), mereka sepatutnya mempunyai sijil pengamalan tahunan bagi membolehkan mereka menjalankan khidmat perubatan (di Malaysia).

“…jika mereka tidak mendaftar, tiada sijil pengamalan tahunan dan memberi perkhidmatan perubatan boleh didenda atas kesalahan itu. Selain itu, apabila mereka memberi ubat ia bukan dikeluarkan oleh doktor, bukan oleh farmasi, kita boleh ambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Dr Lee, yang juga Anggota Parlimen Gopeng, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gunung Rapat di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris (The Star) mengenai beberapa klinik dan farmasi yang diusahakan oleh warga Bangladesh secara haram di Jalan Silang, Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut bahawa premis itu diawasi oleh 'doktor' dari Bangladesh dan menjual ubat-ubatan yang diseludup dari negara Asia Selatan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2