CERT Georgetown laksana Ops Raya bermula 1 Jun



GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Persatuan Komuniti Tindakan Cemas Georgetown (CERT Georgetown) akan melaksanakan Ops Raya bermula 1 hingga 6 Jun sempena Hari Raya Aidilfitri bagi membantu mangsa kemalangan jalan raya di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata pasukan itu ketika ini membantu penduduk Pulau Pinang menggunakan enam motosikal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Automated External Defibrillator (AED), bekalan oksigen, ubatan dan peralatan perubatan.

“Mereka dilatih memberi bantuan asas hayat selain menstabilkan pesakit sebelum pasukan perubatan daripada hospital terdekat tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika melancarkan program itu di sini, hari ini.

Dr Afif berkata pasukan itu menjalankan operasi pada musim perayaan termasuk ketika Tahun Baharu Cina 2019 selama 10 hari.

Sementara itu, Pengerusi CERT Georgetown Lee Chiew Wan berkata pasukan itu adalah inisiatif  sukarela bagi membantu golongan yang memerlukan selain melaksanakan program amal di sekitar Pulau Pinang.

Beliau berkata CERT Georgetown juga menawarkan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan.

CERT Georgetown dilancarkan pada 5 Feb 2019 dengan keanggotaan  55 sukarelawan dan beroperasi di Dewan Serbaguna Taman Pekaka bagi memberi bantuan kecemasan di kawasan Batu Uban, Barat Daya  dan kawasan sekitar pada setiap Sabtu dengan bantuan purata 20 kes setiap bulan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018