Jabatan Kesihatan Perak pantau kesihatan penduduk berhampiran longgokan sampah



IPOH, 28 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak akan melakukan pemantauan di sekitar kawasan penempatan penduduk berhampiran tempat longgokan sampah plastik di Tasek, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata pihak JKN akan membentangkan laporan mengenai tahap kesihatan penduduk di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

"Saya telah arahkan pihak Jabatan Kesihatan supaya melakukan pemantauan secara terperinci di seluruh kawasan itu serta mendapatkan maklum balas daripada penduduk.

"Ini kerana apabila tempat longgokan sampah berhampiran dengan kawasan penempatan, ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti kegatalan kulit, masalah pernafasan dan mereka (penduduk) boleh mengalami simptom pening sekiranya menghidu bau busuk sampah yang telah dibiarkan terlalu lama," katanya.

Sivanesan bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian faedah kewangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 18 penerima membabitkan jumlah sebanyak RM36,862 di sini, hari ini.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar negeri menafikan kewujudan longgokan sampah plastik yang tidak terurus di dalam hutan di Ipoh sebagaimana yang ditularkan oleh media antarabangsa.

Pengarahnya Norazizi Adinan berkata longgokan sampah yang ditularkan itu sebenarnya dikumpul di tapak sebuah syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian IGB di Tasek untuk memproses sampah sebagai bahan bakar.

Dalam perkembangan lain, Sivanesan berkata sepanjang tahun ini, seramai 678 Orang Berinsurans (OB) menerima bayaran daripada Sistem Insurans Pekerjaan. 

Katanya daripada jumlah itu, seramai 145 orang telah kembali semula mendapatkan pekerjaan selepas menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula.

"Ini merupakan faedah SIP yang diberikan selain faedah kewangan iaitu berusaha memperoleh pekerjaan lain kepada Orang Berinsurans selepas ditimpa pemberhentian kerja," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018