KKM laksana pelbagai strategi pertingkat keselamatan pesakit



KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk meningkatkan keselamatan pesakit di negara ini melalui pelbagai strategi selain terus bekerjasama erat dengan pelbagai organisasi awam, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata antara strategi KKM ialah dengan penghasilan polisi keselamatan pesakit, pembangunan persekitaran serta reka bentuk fasiliti kesihatan yang selamat, penyelidikan dan kaedah rawatan selamat. 

"Tarikh 25 Mei 2019 merupakan hari bersejarah bagi keselamatan pesakit apabila resolusi 'Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit' dipersetujui untuk diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-72 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization 72nd World Health Assembly) di Geneva, Switzerland. 

"Resolusi ini menggesa negara-negara ahli untuk menjadikan keselamatan pesakit sebagai prioriti utama kesihatan dan mengambil tindakan bersepadu bagi mengelakkan kemudaratan pesakit semasa menerima rawatan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi resolusi tersebut turut menekankan bahawa keselamatan pesakit sebagai elemen kritikal perlindungan kesihatan sejagat (Universal Health Coverage) dan rakyat boleh merasa yakin bahawa sistem penjagaan kesihatan yang disediakan adalah selamat.

 Justeru dalam hal ini KKM akan meneruskan kerjasama utuh bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat global, tambahnya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018