Kes kecemasan di Terengganu dijangka meningkat 50 peratus pada musim perayaan

KUALA TERENGGANU, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjangkakan kes kecemasan dan trauma di negeri ini akan meningkat sehingga 50 peratus pada musim perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya Dr Mohd Jusoh berkata ia berdasarkan data serta statistik tahun lepas yang menunjukkan peningkatan daripada purata 300 kes sehari pada hari-hari biasa kepada 450 kes sehari pada musim perayaan.

Semua langkah kesiapsiagaan telah dilaksanakan termasuk memastikan peralatan perubatan, bekalan ubat dan stok bekalan darah mencukupi bagi menghadapi kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

"JKNT telah  menjalankan 45 kempen derma darah sepanjang bulan Ramadan dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di lokasi seperti masjid dan pusat beli belah. Hasil kempen ini kita berjaya meningkatkan unit bekalan darah sehingga tiga kali ganda daripada hari biasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Balik Kampung, Aidilfitri Ceria Tanpa Aedes, di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Sebanyak 60 unit darah telah didermakan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang dan pihaknya menjangkakan dengan 1,159 unit simpanan darah yang ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mencukupi untuk penggunaan semasa iaitu antara 40 hingga 50 unit sehari.

Mohd berkata seramai 8,000 daripada 12,000 keseluruhan petugas di semua klinik kesihatan dan tujuh hospital utama seluruh negeri akan bertugas mengikut syif bagi menghadapi kemungkinan pertambahan bilangan pesakit dan kes-kes kecemasan pada musim perayaan ini.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018