Johnson & Johnson Malaysia memperkasa kesedaran kesihatan mental Ramadan ini



KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Johnson & Johnson Malaysia telah memperkasakan kesedaran mengenai kesihatan mental, termasuk menghapuskan stigma yang dikaitkan dengannya.

Ini berikutan aktiviti-aktiviti untuk menyebarkan keceriaan dalam kalangan pesakit di wad psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan membakar dan mengedarkan biskut ‘cookies’.

Sebagai sebuah syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan, Johnson & Johnson fokus menyokong isu-isu dan peluang-peluang dalam bidang kesihatan mental.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia Chin Keat Chyuan berkata: “Kempen-kempen seperti ini akan membantu mendidik orang ramai untuk menjaga kesihatan mental mereka bagi memastikan kesejahteraan yang menyeluruh yang berpanjangan.”

Syarikat itu telah bekerjasama dengan kedua-dua Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018