Qualitas sasar membuka 200 klinik baharu pada 2022

PETALING JAYA, 30 Mei (Bernama) -- Qualitas Medical Group merancang mengembangkan rangkaian klinik globalnya dengan pembukaan 200 lagi klinik, menjadikan jumlahnya 500 buah klinik menjelang 2022.

Pengasas, Pengarah Urusan dan juga Pengerusinya Datuk Dr Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata syarikat itu akan memberi tumpuan pada pasaran Asia Tenggara untuk pertumbuhan baharu dan penembusan pasaran dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Pasaran Vietnam akan menjadi kawasan seterusnya di Asia Tenggara, rancangan pengembangan fasa pertama Qualitas dengan sasaran untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan komprehensif di peringkat global.

"Apabila menilai pasaran yang berpotensi, kami mengambil kira pertimbangan negara itu dengan kuasa populasi kelas pertengahan dan penjagaan kesihatan (perkhidmatan) seperti Vietnam, khususnya di bandar seperti Ho Chi Minh, Hanoi dan Da Nang,” katanya semasa taklimat kepada media berkenaan unjuran perniagaan syarikat itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, Qualitas sedang memuktamadkan pengambilalihan pusat perubatan terkemuka di Ho Chi Minh.

"Kami menyasarkan untuk memiliki beberapa pusat perubatan khusus untuk menawarkan perkhidamatan kepada orang awam dan ekspatriat di Vietnam dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Selain Vietnam, Noorul Ameen berkata kumpulan juga menerokai pasaran baharu pasaran baharu seperti Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata cabaran yang wujud sejak sekian lama adalah lebih banyak permintaan daripada bekalan untuk kemudahan penjagaan kesihatan di Asia Tenggara.

Oleh itu, beliau berkata Qualitas sedang mengembangkan rangkaian kemudahan penjagaan kesihatannya  di rantau ini selain yang terdapat di Malaysia, Australia dan Singapura.

Syarikat itu kini mempunyai rangkaian 276 klinik pengamal am, satu pusat penjagaan ambulatori, 13 klinik pergigian dan 11 pusat pengimejan perubatan.

"Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri penjagaan kesihatan asas, kami terus memberi tumpuan kepada menawarkan perkhidmatan penjagaan pesakit luar yang berkualiti tinggi dengan Malaysia, Singapura, Australia dan seterusnya,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018