Golongan B40 di Kedah digesa segera rebut manfaat PeKa B40



ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Penerima Bantuan Sara Hidup berusia 50 tahun dan ke atas di Kedah, digesa supaya segera merebut manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang diperkenalkan sejak 15 April lepas.

Pengarah Kesihatan negeri  Datuk Dr  Norhizan Ismail berkata berdasarkan rekod pihaknya, hanya 378 orang yang layak mendapat kemudahan disediakan Kementerian Kesihatan itu telah menjalani saringan menerusi skim berkenaan setakat 14 Mei lepas.

"Bajet yang diluluskan kerajaan untuk PeKa B40 tahun ini adalah sebanyak RM100 juta bagi seluruh negara dan setelah pecahan dibuat, kuota Kedah boleh meliputi 71,920 orang.

"Tapi setakat ini sambutan sangat perlahan di Kedah dan pihak kami berharap lebih ramai mereka yang layak mengambil peluang ini bagi menentukan tahap kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan awal jika dikesan menghidap sebarang penyakit," katanya di sini.

Beliau berkata  orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai PeKa B40 daripada klinik-klinik kerajaan atau merujuk kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di kawasan masing-masing.

"Atau mereka juga boleh terus membuat semakan di laman sesawang www.pekab40.com.my untuk mengetahui sama ada mereka layak atau tidak dan dalam laman itu juga terdapat senarai klinik swasta dan kerajaan yang boleh menjalankan saringan kesihatan bagi skim ini," katanya.

Beliau berkata saringan kesihatan secara percuma itu termasuk pemeriksaan kesihatan mental, klinikal payudara dan klinikal prostat (jika perlu), manakala pemeriksaan makmal merangkumi ujian darah, diabetes, tahap kolestrol, air kencing dan fungsi buah pinggang.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018