Lima maut akibat denggi di Negeri Sembilan



SEREMBAN, 7 Jun (Bernama) -- Lima orang maut akibat denggi daripada 1,059 kes yang dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu ke-22 sehingga Sabtu lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata ini berbanding tiada kes kematian dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya, jumlah kes denggi meningkat sebanyak 106 peratus berbanding 513 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Taburan kumulatif kes denggi di negeri ini pada tahun ini adalah sebanyak 859 kes di Seremban, Tampin (59), Port Dickson (49), Jempol (35), Rembau (20), Jelebu (19) dan Kuala Pilah (18)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata, sehingga Sabtu lalu sebanyak 14 lokaliti wabak dikesan masih aktif di daerah Seremban manakala satu di Port Dickson.

“Di Seremban melibatkan Taman Desa Cempaka Fasa 4, Taman Nusari Bayu 1, Flat Cempaka Puri, Taman Desa Anggerik (Jalan BBN 9/2), Apartment Kolej Lagenda (SP), Green Beverly Hills, Nilai Spring Height, Taman Desa Kiara, Taman Jasmin Indah, Taman Desa Anggerik, Putra Point Nilai (Jalan BBN1/7), Taman Desa Indah (Jalan Indah 12-20), Putra Point Nilai (Jalan BBN 1/3) dan Taman Coral Height.

“Manakala di Port Dickson hanya melibatkan Bandar Dataran Segar," katanya.

Beliau berkata oleh kerana bilangan kes kumulatif begitu tinggi, maka aktiviti pencegahan dan kawalan telah dipergiatkan dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes.

"Selain itu, aktiviti memusnahkan larva, semburan pengasapan, Ops Gempur Aedes, promosi kesihatan dan gotong-royong melibatkan pihak masyarakat turut diadakan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018