China perkemas kelulusan untuk rawat Hepatitis C

BEIJING, 8 Jun (Bernama) -- Wang Fang, seorang jururawat di bandar Guangzhou yang terletak di selatan China, telah dijangkiti virus Hepatitis C (HCV) sejak 25 tahun lalu dan penyakitnya itu sembuh dalam tempoh lapan minggu selepas dirawat dengan sejenis ubat baharu, lapor agensi berita Xinhua.

Ubat itu, yang dinamakan Tablet Glecaprevir dan Pibrentasvir, telah dibangunkan oleh AbbVie Corporation, sebuah syarikat farmaseutikal transnasional.

China telah melakukan pembaharuan dalam proses kelulusan ubat-ubatannya sejak 2018 dan mempercepat penyenaraian domestik bagi ubat-ubatan baharu yang boleh didapati di pasaran klinikal antarabangsa.

Biasanya, syarikat farmaseutikal terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun dalam mendapatkan kelulusan bagi menjalani ujian klinikal untuk ubat-ubatan baharu China dan tempoh itu telah dipendekkan kepada 60 hari ketika ini bagi menggalakkan pembangunan ubat-ubatan asli.

Sejumlah 10 ubat-ubatan bagi rawatan HCV, termasuk Tablet Glecaprevir dan Pibrentasvir, telah menerima kelulusan untuk dipasarkan di China sejak 2017.

Berbekalkan ubat-ubatan baharu di pasaran bagi merawat HCV, perubahan boleh dilihat di China dalam usaha menyembuhkan penyakit Hepatitis C.

Bagaimanapun, penyakit itu tidak boleh dibasmi dengan mudah dan memerlukan usaha bersama pentadbiran, syarikat farmaseutikal, doktor dan pesakit untuk mencapai matlamat tersebut, kata Zhuang Hui daripada Akademi Kejuruteraan China.

Hampir 220,000 pesakit baharu didiagnosis dengan Hepatitis C tahun lepas, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.  

-- BERNAMA 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018