Jangkitan paru-paru: Seorang lagi Orang Asli meninggal dunia - Supt Mohd Taufik



GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Seorang lagi penduduk Orang Asli, Kampung Kuala Koh, di sini yang mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan meninggal dunia pagi ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu tiga orang setakat ini.

Mangsa yang menerima rawatan awal di Hospital Kuala Krai (HKK) sejak beberapa hari lalu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu apabila keadaannya semakin kritikal sebelum meninggal dunia.

Mangsa dipercayai menggunakan air tadahan bukit dan sungai yang dipercayai tercemar.

Bagaimanapun pihak hospital masih belum menyalurkan maklumat  lengkap berhubung perkara itu termasuk jantina dan umur mangsa. 

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung pertambahan bilangan  penduduk Orang Asli yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman itu. 

Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang disahkan meninggal dunia  sungguhpun ada dakwaan penduduk kampung itu bahawa 13 orang telah meninggal dunia akibat penyakit itu yang pada mulanya dianggap misteri awal Mei lalu. 

Mohd Taufik berkata, siasatan berhubung dakwaan kematian 13 Orang Asli itu dilakukan sejak beberapa hari lalu dan sehingga kini disahkan hanya tiga orang meninggal dunia dan pihak polis belum menemui kubur yang didakwa milik mangsa penyakit itu.

"Kita berharap masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh sentiasa berhubung dengan pihak polis terutama melaporkan berkaitan kematian supaya mudah dilakukan siasatan," katanya di sini, hari ini

Taufik juga berkata hasil maklumat yang diterima, 119 penduduk kampung berkenaan sudah dibawa keluar untuk rawatan sejak seminggu lalu dan enam daripada mereka yang kritikal dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut.

“Daripada jumlah itu, 19 orang masih menerima rawatan di  Hospital Gua Musang, empat ditempatkan di transit pesakit Orang Asli Gua Musang manakala 25 orang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Mengenai dua kematian terdahulu Mohd Taufik berkata, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa didapati positif jangkitan kuman di paru-paru .

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018