GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Pihak terbabit digesa menyiasat segera air sungai dan tadahan bukit yang menjadi sumber keperluan Orang Asli di Kampung Kuala Koh di sini, yang dikhuatiri tercemar dengan bahan kimia dari kawasan lombong bijih besi berhampiran.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Ariffin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana didakwa kononnya kesan pencemaran air keperluan Orang Asli menyebabkan mereka dijangkiti kuman saluran pernafasan dan paru-paru.
Berdasar laporan yang diterima setakat ini, 14 orang kaum itu meninggal dunia sejak awal Mei lepas dan terbaru seorang pagi ini meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, tetapi indentitinya belum diperoleh.
Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, 119 penduduk terpaksa menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan enam yang kritikal dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).
"Kita harap ada penyelesaian mengenai perkara itu bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa, " katanya kepada Bernama selepas melawat Orang Asli jangkitan kuman di HGM, hari ini.
Amran berkata, 33 Orang Asli termasuk tujuh lelaki dan 10 perempuan dewasa dan 16 kanak-kanak masih menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka stabil.
Beliau berkata, ramai di antara mereka menerima rawatan sebagai pesakit luar termasuk di Klinik Aring 1, Klinik Kesihatan Chiku 3 dan HGM.
"Hanya yang lebih penting saya mengingatkan kaum itu supaya tidak mudah menuding jari kepada mana-mana pihak dan kita selesai masalah dihadapi mereka secara bersama," katanya.
Katanya, pihak yang berkaitan hendaklah mengambil langkah segera menyiasat perkara itu untuk mencari bukti punca merebaknya penyakit jangkitan kuman dalam kalangan kaum berkenaan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN