Anak Orang Asli yang terkena jangkitan sesak nafas

KUALA KRAI, 9 Jun (Bernama) -- Seorang bapa tunggal Orang Asli Kampung Kuala Koh, Gua Musang menceritakan bagaimana dua anak perempuannya yang dijangkiti penyakit  misteri mengalami sejak nafas dan sukar untuk tidur selama empat hari sebelum digegaskan ke hospital semalam.

"Saya risau memikirkan nasib kedua-dua anak perempuan saya yang mengalami sesak nafas," luah bapa tunggal, Adidas Om, 32, ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, hari ini.

Adidas mendakwa kedua-dua anak perempuannya, Hoi, 6, dan Boi, 5, mengalami sesak nafas sejak empat hari lepas dan tidak dapat tidur pada waktu malam.

Berikutan itu, Adidas membuat laporan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan sebelum kakitangan  agensi tersebut  membawa Hoi ke Hospital Gua Musang dan Boi ke  Hospital Kuala Krai di sini semalam.

Adidas, yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Gam, Jerantut, Pahang dan menetap di Kuala Koh sejak 10 tahun lepas berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar penyakit yang menimpa anaknya.

"Selain anak saya, ada juga jiran-jiran yang mengidap penyakit sama malah ada yang telah meninggal dunia.

"Saya takut melihat keadaan anak-anak dan jiran-jiran yang menghidap penyakit itu dan berharap  keadaan kembali pulih seperti sediakala," katanya yang kematian isteri pada 2014.

Beliau mengesyaki kejadian tersebut berpunca daripada aktiviti perlombongan di kawasan perkampungan tersebut.

Adidas turut berharap agar pihak berkaitan dapat menyiasat kejadian sebenar yang berlaku di kawasan perkampungan mereka ketika ini.

Pihak polis mengesahkan hanya tiga kematian disebabkan jangkitan paru-paru direkodkan setakat ini. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018