Elak jangkitan baharu: Hadkan hubungan dengan orang luar - Dr Zaini



KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan mahu supaya hubungan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang dengan orang luar dihadkan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, langkah itu adalah bagi memastikan tiada jangkitan kerana penyakit radang paru-paru boleh menular melalui pernafasan.

Beliau berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan mereka boleh terus berhubung dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) supaya keadaan lebih terjamin.

"Sebenarnya tiada keperluan untuk mengasingkan penduduk di kampung berkenaan daripada orang ramai namun jabatan akan memantau perkembangan di kampung itu setiap dua hari.

"Daripada 186 penduduk di situ 83 orang daripadanya sudah dan sedang dirawat. Selebihnya kita dapati mereka sihat dan kita tiada cadangan untuk mengawal pergerakan mereka," katanya.

Sementara itu, mengulas samada penyakit ini ada kaitan dengan penyakit kulit bersisik yang didakwa dialami oleh penduduk Orang Asli sebelum ini, Dr Zaini berkata perkara itu tidak mungkin berlaku kerana tempoh antara dua kes itu sudah terlalu lama.

Jelasnya kes hari ini lebih kepada radang paru-paru dan tiada kaitan dengan penyakit kulit sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaini berkata, semalam pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah telah diarah untuk melakukan carian kes secara aktif di Kuala Koh dan menemui 24 kes lagi yang mempunyai gejala demam dan batuk. 

Katanya kes-kes ini telah dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan lanjut.

"Buat masa ini, aktiviti kawalan telah dilakukan di lapangan melalui Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang di kawasan berkaitan dengan mengadakan pendidikan kesihatan seperti ceramah dan edaran risalah berkaitan penyakit berjangkit dan kebersihan diri serta persekitaran. 

"Selain itu, carian kes secara aktif ke atas semua penduduk kampung Orang Asli Kuala Koh dan pengesanan kontak di kawasan terlibat turut dilakukan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018