Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (kanan) bertanyakan sesuatu kepada sebahagian penduduk Orang Asli ketika meninjau masyarakat Orang Asli suku Batek di Kuala Koh hari ini.
GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru.
Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.
Katanya, setakat perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini," katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli Suku Batik itu di sini
--BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN