K'jaan Kelantan sangkal radang paru-paru berpunca daripada aktiviti perlombongan



KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menyangkal dakwaan penularan radang paru-paru dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang berpunca daripada aktiviti perlombongan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menunjukkan penyakit radang paru-paru merupakan penyakit bawaan udara dan bukannya air.

"Setakat ini laporan awal pneumonia ini adalah kesulitan untuk bernafas dan berkait dengan udara, tiada kaitan dengan air. Kalau kita kata penyakit (yang menular dalam kalangan Orang Asli) disebabkan aktiviti perlombongan terlalu awallah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Ditanya adakah kerajaan negeri meluluskan sebarang aktiviti perlombongan di kawasan perkampungan itu, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti berkata kerajaan negeri sedang merujuk perkara berkenaan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Menjawab soalan adakah aktiviti perlombongan haram berlaku di kawasan tersebut, Mohd Amar berkata perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa PTG.

"PTG yang bertanggungjawab sebab dia ada bahagian penguatkuasaan, jadi kalau nak rujuk pun kena rujuk dengan PTGlah. Saya nak jawab pun tak boleh sebab saya pun kena dapatkan maklumat dahulu (daripada PTG) kalau betul benda (perlombongan haram) ini berlaku," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata antara tindakan yang telah diambil kerajaan negeri termasuklah memberi kerjasama kepada semua agensi terlibat untuk menangani masalah tersebut daripada terus berlarutan.

"Kita tak boleh nak pergi tak menentu (campur tangan dalam bidang agensi) macam tu sebab setiap orang ada bidang tugas masing-masing jadi kita bergerak mengikut bidang tugas (yang telah ditetapkan).

"Kita memang memberi kerjasama penuh kepad JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) dalam semua bidang. Tapi yang kena 'lead' (mengetuai) tindakan ini adalah JAKOA sebab JAKOA ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Orang Asli," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1