GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bersama agensi lain akan mengesan kubur 12 Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh yang dikatakan telah meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia sebelum ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan itu penting untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat bagi mengesan penyakit mereka dan punca sebenar penyakit itu merebak kepada sebahagian besar kaum terbabit di kampung sama.
Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu terserah kepada polis untuk menggali semula kubur mangsa yang ditanam secara adat kerana setakat ini hanya dua mayat mangsa yang sudah dilakukan bedah siasat dan kebumikan cara Islam.
Katanya, kementeriannya juga sudah melakukan siasatan berhubung perkara itu di Kampung Kuala Koh tetapi sukar mengesan kubur mereka yang didakwa ditanam di dalam hutan.
"Bila kita tanya keluarga mereka dan semuanya menjawab tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan taklimat berhubung perkara itu dan melawat pesakit Orang Asli yang dirawat di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, hari ini.
Seramai 50 penduduk kaum itu yang masih menerima rawatan di tiga hospital di negeri ini termasuk 37 orang di HGM, 12 orang di Hospital Kuala Krai (HKK) dan seorang lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Dzulkefly juga mengingatkan orang ramai supaya tidak melawat kampung berkenaan buat masa ini berikutan penyakit itu mudah berjangkit dan jika perlu pengunjung mesti memakai pakaian khas.
"Kita bimbang jika langkah seumpama itu tidak diambil akan menyebabkan penyakit itu boleh merebak ke kawasan lain," katanya.
Beliau juga menafikan penyakit itu yang bermula batuk, demam, selesema dan berlakunya sesak nafas berpunca akibat kencing tikus tetapi berkemungkinan juga akibat virus lain yang mudah berjangkit melalui pernafasan.
"Kita sudah melakukan kajian berhubung perkara itu dan tunggu keputusan untuk saya umumkan dalam masa terdekat ini," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN