Vaksin pneumokokal dan influenza penting cegah pneumonia - Pakar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pengambilan vaksin pneumokokal dan influenza sangat penting bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan radang paru-paru atau pneumonia, kata Pakar Perunding Perubatan Respiratori Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ahmad Izuanuddin Ismail.

Dr Ahmad Izuanuddin berkata risiko penyakit berjangkit seperti radang paru-paru itu lebih berisiko tinggi kepada kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dan menyarankan bayi berusia bawah dua tahun mengambil vaksin pneumonia itu bagi pencegahan awal.

"Warga emas berusia 65 tahun ke atas dan pesakit kronik turut disarankan mengambil vaksin itu. Bayi dan kanak-kanak juga dinasihatkan mengambil flu vaccine (vaksin influenza) walaupun vaksin itu adalah pilihan. Saya difahamkan vaksin pneumokokal sepatutnya mandatori untuk yang berusia bawah dua tahun, tapi masih belum dilaksanakan sepenuhnya. 

Pneumonia ini boleh menjadi serius hingga mengancam nyawa terutama di kalangan bayi, kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik atau sistem imunisasi yang lemah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya antara simptom awal radang paru-paru adalah batuk, sama ada berkahak atau tidak, sakit dada terutama ketika bernafas atau batuk, demam berpeluh, atau menggigil, sukar bernafas, perubahan tahap kesedaran (pengsan atau koma) terutama bagi warga emas.

Dr Ahmad Izuanuddin berkata pneumonia adalah jangkitan kuman yang menyebabkan radang (bengkak) kepada saluran pernafasan terutama alveoli di mana pertukaran gas dari udara ke dalam darah berlaku di dalam paru-paru.

"Ruang alveoli ini boleh mengandungi cecair atau nanah kesan daripada jangkitan tersebut yang boleh menyebabkan pesakit mengalami batuk berkahak, demam, menggigil, dan sukar bernafas,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2