Kerajaan cari punca sebenar kematian Orang Asli - PM



JASIN, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan Orang Asli daripada suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang didakwa telah meninggal dunia sejak Mei hingga minggu lepas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, kematian mereka mungkin disebabkan sejenis penyakit namun penyakit tersebut masih belum dikenal pasti. 

“Ya kita sedang mencari sebab kenapa mereka meninggal dunia dengan begitu ramai. Mungkin terdapat jangkitan dari satu jenis penyakit tapi waktu ini kita belum tahu apa jenis penyakit yang menyebabkan kematian mereka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Rumah Peduli Negeri Melaka di Lipat Kajang di sini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, serta Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata, dua kes kematian Orang Asli tersebut disahkan berpunca daripada radang paru-paru.

Sehari sebelum itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Taufik Maidin menafikan dakwaan penduduk Orang Asli di perkampungan itu yang menyatakan 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit misteri.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata penjawat awam seharusnya tidak boleh dipengaruhi dengan keahlian mereka dalam mana-mana parti politik sekali gus perlu akur dengan segala arahan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pilihan rakyat.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu adalah berdasarkan keperibadiannya yang lurus dan boleh membuat kerja dengan serius.

Pelantikan Latheefa untuk tempoh kontrak dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 4 Jun lepas, namun mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2