Lapan maut akibat demam denggi di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) --  Lapan orang maut akibat  demam denggi di Pulau Pinang  sepanjang tempoh 22  minggu tahun ini  berbanding cuma dua kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut kenyataan Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sungguhpun jumlah kematian dalam tempoh itu meningkat enam kes atau 300 peratus, namun jumlah kes demam denggi yang dilaporkan mencatatkan penurunan.

Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 1.52 peratus atau satu kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas, berbanding minggu sebelumnya.

 Sebanyak 65 kes denggi dilaporkan dari 2 hingga 8 Jun, berbanding 66 kes dari 26 Mei hingga 1 Jun.

Menurut kenyataan itu lagi walaupun terdapat penurunan kes, secara kumulatif sehingga 8 Jun lepas, sebanyak 2,808 kes dilaporkan  berbanding 1,847 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 961 kes atau 52.03 peratus.

Menurut kenyataan itu terdapat satu lokaliti ‘hotspot’ iaitu di Inderawasih Persiaran 2 di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala dua lokaliti wabak tidak terkawal di Jalan SP Chelliah dari daerah Timur Laut dan Taman Pauh Indah (C1-C2) dari daerah SPT.

Selain itu, terdapat 10 lokaliti wabak terkawal yang terdiri dari tiga dalam daerah Timur Laut, SPT (enam) dan Seberang Perai Selatan (satu).

Jabatan Kesihatan turut menasihatkan orang ramai menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan masing-masing bagi menghapuskan tempat-tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes.

"Orang ramai juga disaran menggunakan pengahalau nyamuk atau memakai baju dan seluar panjang semasa menjalankan aktiviti luar, melakukan semburan aerosol di dalam rumah dan memasang skrin pada tingkap bagi mengurangkan risiko gigitan nyamuk," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2