DoctorOnCall mudahkan pesakit dilancar di Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang melancarkan inisiatif klinik dalam talian atau ‘DoctorOnCall’ hari ini dalam usaha untuk mengurangkan masalah kesesakan pesakit di Hospital Pulau Pinang.

Menerusi perkhidmatan DoctorOnCall, penduduk negeri ini dapat berhubung dengan doktor menggunakan peranti di rumah untuk mendapatkan khidmat konsultansi mengenai masalah kesihatan yang dihidapi mereka.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata inisiatif ini merupakan platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan bersama doktor-doktor yang berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Menurutnya, perkhidmatan itu juga akan membolehkan pesakit mendapatkan konsultasi kesihatan awal dengan doktor-doktor dalam talian.

"Saya difahamkan melalui perkhidmatan yang disediakan, pesakit hanya memerlukan peranti yang mempunyai akses internet untuk berhubung terus dengan seorang doktor secara atas talian," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, inisiatif itu memudahkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata inisiatif ini membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk negeri ini selaras dengan visi Penang 2030 untuk meningkatkan kualiti hidup, kesejahteraan dan kesihatan rakyat. 

"Malah, kerajaan negeri juga menawarkan promosi menerusi kod PENANG2030 yang mana orang ramai bakal menikmati konsultasi percuma daripada doktor yang bertugas berserta diskaun 20 peratus bagi ubat-ubatan yang diperlukan yang akan dihantar secara percuma ke rumah mereka," katanya.

Perkhidmatan DoctorOnCall sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri sebagai klinik panel antaranya bagi program Peduli Sihat Selangor; Perak Prihatin dan KIDA Kedah.

Ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya 80 doktor pakar terlibat dalam inisiatif itu yang bersedia memberi konsultansi bagi pelbagai jenis penyakit seperti demam; batuk dan selsema selain penyakit jangka panjang seperti kencing manis; tekanan darah tinggi; kolesterol dan sebagainya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2