500 pain darah disasar pada Karnival Hari Penderma Darah Sedunia di Kota Marudu



KOTA MARUDU, 13 Jun (Bernama) -- Sebanyak 500 pain darah disasarkan pada Karnival Hari Penderma Darah Sedunia, pada Ahad ini di Dewan Komuniti Kota Marudu, bagi keperluan tabung darah di hospital itu.

Karnival sehari itu juga diadakan sempena sambutan Hari Thalasemia Sedunia, turut menyediakan 500 hadiah menarik, bagi cabutan tiket bertuah termasuk hadiah utama sebuah motosikal.

Pengarah Hospital Kota Marudu Dr. Lydiarita Micheal Marajin berkata pihaknya mensasarkan mendapat 500 pain darah pada karnival itu, untuk keperluan pesakit thalasemia di hospital itu dan keperluan lain untuk kes kemalangan jalan raya dan ibu mengandung.

Katanya program itu menghimpunkan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama pertubuhan penderma darah kebangsaan dan juga penderma darah individu.

Setiap penderma akan mendapat sekampit beras, gula, minyak masak, telur dan minuman ringan disamping berpeluang mendapat cabutan tiket bertuah yang disediakan oleh NGO dan para penderma, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Karnival tersebut dijangka akan dirasmikan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Christina Rundi.

Lydiarita berkata penganjuran karnival sama pada tahun itu mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya mengumpukan 300 pain darah.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018