Kerajaan digesa aktifkan NEHAP ekoran kematian Orang Asli Kuala Koh



KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan digesa untuk mengaktifkan jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal Rancangan Kesihatan Persekitaran Tindakan Negara (NEHAP) dengan kadar segera, ekoran insiden kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Kelantan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan Asran Alias dalam satu kenyataan hari ini berkata dalam masa sama kajian impak sosial juga perlu dibuat oleh badan bebas bagi melihat punca sosial dan kesan akibat daripada kematian itu.

"Kami yakin angka kematian melebihi daripada angka yang dilaporkan dan dengan penemuan mayat sebagaimana yang dilaporkan, kami yakin tragedi ini telah berlaku dalam tempoh masa yang lama… terdapat beberapa mayat yang sangat misteri seperti telah reput menunjukkan ianya bukan bermula pada Mei lepas," katanya.

Masyarakat Orang Asli suku Batek di Kuala Koh mendapat perhatian umum selepas dua orang daripada suku itu meninggal dunia bermula awal bulan lepas dipercayai akibat radang paru-paru, namun punca sebenar kematian masih lagi dalam kajian.

NEHAP merupakan satu kaedah perancangan dan pelaksanaan tindakan kesihatan alam sekitar secara komprehensif, holistik, melibatkan pelbagai disiplin dan antara sektor di peringkat nasional.

--BERNAMA 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2