GUA MUSANG, 14 Jun (Bernama) -- Mayat Puja Anak Perempuan Joh, gadis Orang Asli suku Batek Kuala Koh yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat kali kedua.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata proses membawa keluar mayat gadis berusia 20-an itu mengikut adat resam penduduk di kawasan itu.
"Lokasi persemadian Puja sudah ditemui, juga berada di atas pelantar pada pokok. Mayat akan dihantar ke hospital untuk ujian lanjut," katanya kepada media di Dewan Felda Aring 10, di sini.
Puja adalah mangsa kedua yang sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru atau pneumonia pada 6 Jun lepas.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninjau dan mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di dewan sama.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.
Mengulas perkembangan hari ketiga Ops Batek hari ini, Hasanuddin berkata hasil maklumat awal, pasukan pencarian sudah mengenal pasti lokasi empat mayat terakhir.
Hasil maklumat Orang Asli di kawasan itu, beliau berkata lokasi dua mayat berada di seberang sebatang sungai, manakala dua lagi lebih jauh di pedalaman hutan.
Hasanuddin berkata polis juga bersedia melanjutkan tempoh operasi jika terdapat kemungkinan bilangan mayat melebihi 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Statistik jumlah pesakit yang dipaparkan di Pusat Media di sini menunjukkan seramai 103 Orang Asli telah menerima rawatan sehingga semalam membabitkan 56 pesakit luar, 42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN