Tiada kes baharu wabak ILI dikesan



SEREMBAN, 14 Jun (Bernama) -- Tiada kes baharu pesakit dimasukkan ke hospital akibat wabak Influenza Like Illness (ILI) yang dikesan di Rembau semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali.

Beliau berkata lima pesakit yang dimasukkan di Hospital Tampin ekoran dijangkiti wabak itu (ILI) semalam masih dalam rawatan dan mereka beransur pulih.

"Manakala sembilan orang yang diberikan rawatan sebagai pesakit luar semasa saringan kesihatan dijalankan di rumah kongsi di Kampung Kendong Baru, Kota, Rembau semalam juga bertambah baik dan beransur pulih. Tiada kes baharu dikesan dan pemantauan diteruskan secara harian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Zainudin berkata perkara itu disahkan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan jabatan itu terhadap rumah kongsi terbabit yang disediakan sebuah syarikat perladangan dan didiami 15 Orang Asli Suku Jakun dari Pahang, lima warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia.

Daripada jumlah itu, lima daripadanya adalah Orang Asli yang berumur 7 hingga 32 tahun dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Tampin untuk rawatan dan siasatan lanjut.

Manakala baki sembilan orang lagi iaitu empat Orang Asli, tiga warga Bangladesh dan dua warga Indonesia, telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar semasa saringan kesihatan dijalankan di rumah kongsi terbabit.

Dr Zainudin berkata secara keseluruhannya, kesemua pesakit yang dikesan berada dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan.

Bagaimana pun, katanya kes yang berlaku di Rembau tiada kaitan dengan wabak yang berlaku di Gua Musang, Kelantan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2