KUALA TERENGGANU, 15 Jun (Bernama) -- Kesemua tujuh Orang Asli yang berasal dari Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Rabu kerana mengalami gejala batuk dan sesak nafas masih menerima rawatan di hospital tersebut.
Pengarah Kesihatan negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata kesemua mereka berada dalam keadaan yang stabil.
"Selain tujuh pesakit itu, seorang lagi yang dimasukkan ke hospital yang sama kerana mengalami cirit-birit, sakit perut serta muntah juga masih menerima rawatan sebagai pesakit Acute Gastroenteritis (AGE) ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kesemua lapan pesakit yang dimasukkan ke hospital itu berumur antara empat dan 25 tahun yang terdiri daripada tiga perempuan dan lima lelaki.
Seramai 23 Orang Asli yang berasal dari Kuala Koh tinggal di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu secara berperingkat iaitu tujuh orang telah lama menetap di kawasan itu manakala 16 lagi baru berpindah pada 8 Jun lalu.
Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah di negeri ini iaitu dua di Hulu Terengganu selain Besut dan Kemaman.
Sementara itu di Kemaman, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian yang berlaku di Gua Musang tersebut dan kaitannya dengan tujuh pesakit Orang Asli yang kini berada di Hospital Hulu Terengganu.
"Sejak tragedi ini berlaku, pelbagai andaian dan tafsiran diberi oleh pelbagai pihak sedangkan punca sebenar masih belum diketahui kesahihannya. Kita semua beri ruang kepada pihak berkuasa kerana mereka lebih arif dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani permasalahan ini.
"Bagi kerajaan Terengganu, kita akan memberi kerjasama terbaik (sekiranya berkaitan bidang kuasa negeri) untuk menyelesaikan perkara ini agar dapat diselesaikan segera," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan sambutan Hari Guru Sekolah-Sekolah Rendah Islam dan jamuan Aidilfitri di Chukai, Kemaman.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN