Kes denggi di Labuan menurun, HFMD meningkat



LABUAN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi di pulau bebas cukai ini menurun sejak bulan lepas bagaimanapun, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata sebanyak 28 kes denggi dilaporkan sepanjang enam bulan ini, menurun 38 peratus berbanding 36 kes pada tempoh sama tahun lepas manakala kes HFMD meningkat kepada lebih 900 kes, bagaimanapun keadaan terkawal.

“Dalam enam bulan pertama tahun lepas, sebanyak 246 kes HFMD direkodkan dengan kurang daripada 10 tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak diarahkan tutup, peningkatan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak ini disebabkan oleh faktor lazim iaitu cuti sekolah yang panjang yang boleh disimpulkan sebagai HFMD yang diimport.

“Jabatan telah mengeluarkan peringatan kepada tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap kemungkinan wabak,” katanya kepada Bernama.

Mengenai kes denggi, Dr Ismuni berkata Labuan merupakan antara negeri yang berjaya mengawal wabak itu dengan penurunan kes yang drastik.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018