Program derma darah perlu jejaki masyarakat luar bandar



SEMPORNA, 16 Jun (Bernama) -- Program derma darah perlu diperluaskan secara berkesan dan menjejaki masyarakat di luar bandar, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau berkata melihat kepada keperluan darah 6,000 pain sebulan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, kempen menyedarkan masyarakat mengenai pendermaan darah itu penting.

"Mungkin penduduk di kampung-kampung (luar bandar) tidak tahu (tentang derma darah), yang tahu hanya pada peringkat pemberi maklumat, sebab itu program ini perlu diperluaskan dan menjejaki mereka.

"Kita (di Sabah) ada lebih tiga juta penduduk, walaupun tidak setiap hari menderma darah sekurang-kurangnya, dalam tempoh beberapa bulan itu kita menderma darah," katanya kepada pemberita selepas program kempen derma darah X-MRSM Sabah sempena hari derma darah sedunia di sini, hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sabah dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth itu menyasarkan kutipan 100 hingga 150 pain darah pada program hari ini.

Jaujan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata menderma darah merupakan antara kempen bersifat kemanusiaan kerana pendermaan itu mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Beliau dalam pada itu, turut menasihatkan lebih banyak badan badan bukan kerajaan tampil bagi menjayakan kempen menderma darah di Sabah dan Malaysia amnya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018