KULIM, 18 Jun (Bernama) -- Kelakuan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dahulunya aktif dan sentiasa menceriakan kedua ibu bapanya berubah sekelip mata selepas diserang penyakit kulit kronik, psoriasis sejak lapan bulan lalu.
Adik Nur Qiesya Nor Ezannee, 4, dari Lunas, di sini, kini hanya mampu terlantar selepas keseluruhan kulit badannya mengalami pengelupasan, gatal-gatal dan berasa pedih disebabkan penyakit itu.
Menurut ibunya, Azlina Ab Bakar, 35, penyakit anaknya itu dikesan dengan satu ketulan kecil di bahagian peha pada November tahun lalu yang pada mulanya disangkakan simptom demam campak.
“Saya sangka ketulan itu disebabkan demam campak, tapi selepas itu ketulan itu menjadi besar dan banyak dan merebak sehingga ke seluruh kaki, badan, tangan, muka dan kepala,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Makmur, Lunas, di sini hari ini.
Katanya, warna kulit anaknya turut berubah menjadi kemerah-merahan, kelihatan seperti bersisik dan kulit keringnya luruh dari badan.
“Setiap kali saya sapu tempat tidurnya, segenggam kulit kering dia yang luruh saya boleh kutip, rambut pun sama, sentiasa gugur.
“Kalau mandi pula mesti dia menangis sebab sakit dan pada waktu malam pula tidurnya selalu terganggu setiap dua jam pasti terjaga dan merengek,” katanya.
Azlina yang tidak bekerja dan suaminya bekerja sebagai nelayan telah mendapatkan rawatan untuk anaknya itu dan doktor yang merawat memberitahu bahawa penyakit itu sukar untuk pulih dan akan berulang.
Munurut Azlina, dia dan suami turut berusaha mencari kaedah rawatan lain termasuk rawatan Islam, namun sehingga kini keadaan anaknya tidak berubah.
“Saya cuma harapkan penyakit anak dapat sembuh dan seperti sediakala, kerana dia masih kecil banyak lagi benda yang dia perlu lakukan, tidak lama lagi nak masuk sekolah pula,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan kesyukuran dan penghargaan kepada orang ramai yang prihatin dengan nasib anaknya itu yang menyalurkan sumbangan dan mencadangkan pelbagai rawatan alternatif kepadanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN