JPV Sarawak terus tingkat program banteras rabies

Gambar fail

KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak akan terus melaksanakan program-program membanteras penularan wabak rabies dalam negeri, yang sehingga kini merekodkan 19 kes positif jangkitan terhadap manusia, dengan 18 daripadanya mengakibatkan kematian, sejak penyakit itu dikesan di Sarawak pada 2017 lepas.

Pengarahnya Dr Adrian Susin Ambud berkata program-program itu termasuk pelaksanaan operasi pemvaksinan besar-besaran, kempen-kempen kesedaran, survelan, serta pemantauan berterusan situasi jangkitan di Sarawak.

“Sehingga kini 119,873 anjing sudah divaksin sejak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya dalam minggu pertama bulan ini, makmal diagnostik JPV Sarawak telah menerima 20 sampel ujian rabies dari bahagian Kuching dan Serian, dengan lapan sampel didapati positif.

Beliau berkata semua kes-kes positif itu berada dalam radius 10km kawasan yang diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies, dengan kebanyakan kes-kes positif terbaru dilaporkan tidak pernah divaksin, dan sehubungan itu beliau menggesa orang ramai memastikan haiwan peliharaan mereka diberikan suntikan vaksin bagi membanteras penyakit rabies.

Menurutnya di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 jika pemiliknya tidak memberi suntikan vaksin terhadap anjing mereka dan gagal mematuhi apa-apa perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan di bawah subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,500.

Beliau berkata kempen pemvaksinan dari rumah ke rumah akan dilaksanakan dalam fasa keempat operasi rabies di Serian dan Simunjan dari 20 sehingga 25 Jun.

“Bagi mereka yang tidak dapat menghantar anjing peliharaan mereka untuk pemvaksinan semasa operasi, mereka boleh membawa haiwan peliharaan mereka itu ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang terdekat semasa waktu pejabat bagi mendapatkan suntikan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018