Tiada laporan baharu kes demam campak di Jerantut

KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan tiada laporan baharu diterima berkaitan demam campak dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Sat, Jerantut dekat sini. 

Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata kes itu kekal membabitkan tiga dewasa dan seorang kanak-kanak dengan semuanya sudah menerima rawatan menerusi Pasukan Bergerak Orang Asli jabatan.

"Rawatan diberikan selepas mereka mempunyai simptom awal dan pemantauan berterusan akan dilakukan dengan saya sendiri akan turun ke lapangan pada Jumaat ini," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam dilaporkan berkata wabak demam campak melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, dipercayai telah merebak ke komuniti Orang Asli di Hulu Terengganu, Terengganu dan Jerantut.

Pekara itu dipercayai disebabkan pergerakan masyarakat itu, yang mana mereka yang membawa penyakit itu pernah mempunyai pergerakan keluar masuk di kawasan terlibat. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018