Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye
IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menegaskan aktiviti penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di premis makanan yang dilanjutkan sehingga Disember ini wajar dimanfaatkan oleh perokok.
"Gunakan peluang ini untuk mengurangkan merokok atau berhenti. Kalau tidak dapat, harap ubah sikap supaya tidak merokok di tempat orang ramai.
"Saya ikrar 1 Januari 2020 kita akan terus saman jika masih ada yang tidak patuh kepada arahan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Syawal di Sekolah Agama Rakyat At-Tolibiah, Kampung Changkat Larang, Lahad dekat sini, hari ini.
Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng mengulas mengenai terdapat pihak yang mula kembali merokok di premis makanan susulan tindakan kerajaan menangguhkan penguatkuasaan saman.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 25 April lepas mengumumkan tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan di tempat makan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dilanjutkan selama enam bulan lagi iaitu sehingga Disember ini.
Tempoh enam bulan sebelum ini ditetapkan berakhir pada bulan hadapan selepas pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok bermula pada 1 Jan lepas.
Mengakui usaha mendidik masyarakat untuk mengurangkan atau berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah, Dr Lee berkata golongan berkenaan perlu menghormati hak individu yang tidak merokok.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN