KKM serah agensi berkaitan siasat punca gas beracun

KUALA SELANGOR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menyerahkan kepada agensi berkaitan untuk menyiasat punca sebenar penghasilan gas beracun yang menyebabkan pelajar di sekitar Pasir Gudang, Johor mengalami sesak nafas sejak Khamis lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia berikutan pihaknya hanya membuat pemantauan dan kawalan berkaitan kesihatan.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya punca gas beracun itu, saya sebagai menteri kesihatan hanya melaksanakan pemantauan dari aspek kesihatan.

"Apa pun tunggu daripada mereka untuk buat kenyataan selepas mereka melakukan kajian berhubung perkara tersebut, tetapi saya sahkan simptom yang berlaku kepada pelajar memang berkaitan gas beracun dan bukannya daripada pemakanan atau keracunan makanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri dan perasmian Maahad Habibullah Al-Hafiz di Masjid Puncak Alam di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata gejala seperti sesak nafas, loya, muntah, pening, sakit kepala dan kekejangan otot yang dihadapi pelajar terlibat, sama seperti insiden pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Mac lepas.

"Saya tidak boleh sahkan punca gas beracun ini juga datang dari lokasi sama iaitu di Sungai Kim Kim," katanya.

Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang telah mendapatkan rawatan berhubung insiden itu setakat ini adalah seramai 31 orang iaitu 21 perempuan dan 10 lelaki.

Mangsa merupakan pelajar dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, yang mana telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018