Dr Afif Bahardin
BATU KAWAN, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 77 tin dan 20 botol arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup masuk ke dalam negara kerana didapati tiada permit cukai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dalam pemeriksaan keatas 55 premis yang dipercayai menjual arak yang mengandungi methanol sejak bulan Mei lepas sehingga hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata tujuh notis saman bernilai RM12,800 dikeluarkan sepanjang operasi pemeriksaan itu.
Beliau berkata siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri juga mendapati semua arak yang dipercayai mengandungi methanol dibuat sendiri oleh sindiket memproses arak sebelum diisi dalam botol arak, dan ada juga arak-arak berkenaan didapati dijual di premis-premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.
"Arak itu dipercayai dibuat sendiri, dan kemudiannya dijual dengan harga murah iaitu sekitar RM10. Malah ia juga dipercayai diisi semula menggunakan botol arak seludup," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia, di sini hari ini.
Beliau berkata 15 sampel arak pelbagai jenama juga telah diambil untuk diperiksa bagi mengenal pasti kandungannya.
Sebelum ini, enam lelaki termasuk dua warga tempatan dilaporkan maut akibat keracunan methanol selepas mengambil minuman keras dipercayai buatan sendiri dalam kejadian sejak bulan April sehingga 11 Jun lepas.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN