JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) -- Pelajar di lapan buah sekolah di Pasir Gudang, di sini, dipercayai turut mengalami insiden muntah dan sesak nafas, awal pagi tadi.
Antara sekolah-sekolah yang dipercayai terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih 1, SK Pasir Gudang 2, SK Taman Pasir Putih 1, SMK Taman Megah Ria, SK Taman Rinting 2 dan SMK Bandar Seri Alam.
Tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya sembilan ambulans antaranya dari Hospital Sultan Ismail dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikejarkan ke sekolah-sekolah berkenaan, dipercayai untuk membawa keluar pelajar yang terjejas.
Sehingga kini, tiada pengesahan berapa jumlah pelajar yang terlibat namun difahamkan insiden berlaku ketika pembelajaran sesi pagi berlangsung dan pada waktu rehat.
Mangsa-mangsa pula kini, sebahagiannya sudah dibawa ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk diberi rawatan awal.
Stadium itu sebelum ini dijadikan oleh pihak berkuat kuasa sebagai Bilik Operasi Gerakan Pemantauan kes terbabit.
Sementara itu, usaha wartawan Bernama untuk menemu bual kakitangan dan guru terlibat tidak berjaya kerana dilarang untuk memberi sebarang kenyataan.
Di Stadium MPPG pula, keadaan dilihat terkawal dengan ibu bapa dan penjaga menunggu dengan sabar status keadaan anak-anak mereka yang dirawat di situ.
Terdapat beberapa agensi ditempatkan di stadium itu bagi membantu mangsa-mangsa di kawasan ‘hot area’ bagi mendapatkan rawatan awal.
Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pegawai-pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan badan-badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN