Buka pos kesihatan, lantik pembantu perubatan Orang Asli - JAKOA



KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) wajar mempertimbangkan cadangan membuka pos perubatan seperti Klinik Kesihatan Desa dan mewujudkan semula perkhidmatan pembantu perubatan dalam kalangan belia masyarakat pribumi.

Ketika membuat cadangan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Prof Dr Juli Edo berkata, langkah membuka pos perubatan di perkampungan Orang Asli itu dilihat dapat membantu golongan berkenaan menerima perkhidmatan kesihatan dengan lebih cepat dan berkesan.  

"Kadang-kadang di tempat tertentu ada pasukan kesihatan bergerak, dan atas nasihat pasukan ini Orang Asli akan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya dapat diwujudkan pos perubatan berkenaan, maka ia sangat baik bagi mereka.

"...dan kalau wujud pos-pos perubatan, wajar Orang Asli sendiri bertugas di situ sebab ia lebih mudah," katanya dalam temu ramah eksklusif bersama Bernama, di Ibu Pejabat JAKOA, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Belia Orang Asli Malaysia mencadangkan perkhidmatan pembantu perubatan dalam kalangan belia masyarakat pribumi diwujudkan semula agar kesedaran dan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada golongan itu.

Cadangan itu dilihat berkesan kerana pembantu perubatan masyarakat Orang Asli dapat menyampaikan maklumat kesihatan dengan menggunakan bahasa suku mereka sendiri.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018