Jadikan pengajaran CPR subjek wajip - Ang Lai Soon

KUCHING, 24 Jun (Bernama) -- Pengerusi dan Komander St John Ambulans Sarawak, Datuk Seri Ang Lai Soon mencadangkan supaya pengajaran teknik bantuan awal pernafasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ang, yang juga seorang aktivis sosial, berkata sekolah dan institusi pengajian tinggi boleh memasukkan latihan CPR ke dalam aktiviti kokurikulum mereka.

"Oleh kerana adalah masalah kesihatan utama di negara ini, dan bukan isu atau projek politik, saya yakin bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah susulan dengan melaksanakan cadangan ini kerana ia akan memberi manfaat kepada beribu-ribu orang di negara ini, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menyokong cadangan supaya pengajaran CPR dijadikan kemahiran yang perlu bagi belia.

Menurut beliau, ia boleh dimasukkan sebagai komponen di bawah subjek Pendidikan Fizikal dan Kesihatan, dan diwajibkan kepada pelajar.

Ang juga yakin Kementerian Pendidikan akan membantu  untuk menjadikannya sebagai realiti di Sarawak.

Penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, terutama di kampung kecil, kampung dan rumah panjang yang bantuan perubatan tidak mudah didapati pastinya mendapati bahawa kemahiran CPR sangat berguna semasa kecemasan, katanya.

Beliau berkata ia akan mewujudkan situasi menang-menang kerana dengan lebih ramai orang yang terlatih dalam CPR, ambulans tidak perlu mengharungi kesesakan trafik, dan doktor dan jururawat dan kakitangan sokongan kurang tertekan manakala berjuta-juta ringgit dapat dijimatkan oleh kerajaan dan sektor swasta.

"Saya berharap kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan penuh kepada cadangan latihan CPR dan saya juga berharap ia dapat dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara dalam masa sesingkat yang mungkin," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018