Kenal pasti punca chikungunya di Alor Setar - Mukhriz



ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah telah meminta Jabatan Kesihatan negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kes chikungunya yang dikesan di satu kawasan di sini sejak Ahad lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kes tersebut dilihat membimbangkan, namun masih berada dalam keadaan terkawal dan buat masa kini pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

“Saya tahu macam-macam dakwaan yang dibuat berhubung kes ini tetapi biarlah golongan pakar yang cari punca sebenar dan maklumkan tentang penemuan punca penyakit tersebut. Buat masa ini, kes denggi menurun tetapi bila timbul pula kes chikungunya, kita bimbang juga.

“Sebab itu kami mahu kenal pasti di mana nyamuk ini membiak dan bagi memastikan kes ini tidak terus merebak, kerja-kerja semburan asap fogging juga telah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan fasiliti terbaharu Mixer 5 di kilang milik pengeluar tayar Continental Tyres Sdn Bhd di sini, hari ini.

Ahad lalu, 23 individu yang tinggal di deretan rumah kedai berhampiran City Plaza, di sini disyaki menghidap penyakit chikungunya selepas mempunyai tanda-tanda demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kebanyakan mereka telah mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik swasta sekitar Alor Setar dan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018