Seorang lagi dimasukkan ke HHT, jumlah terkini lima pesakit Orang Asli

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) di Kuala Berang menjadikan jumlah pesakit yang sedang dirawat ketika ini lima orang.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata pesakit wanita berusia 19 tahun dari Kampung Sungai Berua itu datang sendiri ke hospital pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan kerana demam, batuk dan selesema.

"Dia anak saudara kepada seorang lagi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut. Kelima-lima mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu telah menerima kemasukan 14 pesakit Orang Asli yang berkaitan demam campak namun sembilan pesakit telah dibenarkan pulang pada Khamis lepas.

Daripada 14 pesakit itu, 10 pesakit disahkan positif dijangkiti wabak itu, dua lagi negatif jangkitan dan dua lagi pesakit masih menunggu keputusan makmal.

Dr Mohd berkata daripada 14 orang itu, sembilan berasal dari Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan, empat dari Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu dan seorang lagi dari Jerantut, Pahang.

Pada 12 Jun lalu, sembilan pesakit Orang Asli berasal dari Kuala Koh, Gua Musang, dimasukkan ke hospital itu setelah mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan.

Pada 14 Jun, seorang lagi pesakit Orang Asli dari Kampung Sungai Berua pula dimasukkan ke hospital itu dan diikuti seorang pesakit dari Jerantut pada 16 Jun.

Pada 17 Jun pula, seorang lagi pesakit dari Sungai Berua dimasukkan ke hospital diikuti seorang lagi pesakit dari Sungai Berua pada 20 Jun dan kemasukan terakhir adalah pada Sabtu lepas, juga pesakit dari kampung yang sama.

Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lainnya di Besut dan Kemaman.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018